Tuesday, April 13, 2010

not feeling very well

salam semua...

tgok pic ni.. teringat waktu kecik2 dulu.. mak selalu dcc time sya demam..
skrang ni demam kui3... sendiri tanggung...

2 hari lepas waktu taip surat abah.. mak tolong picitkan kepala.. mak sisipkan rambut.. um.. sweet sgat.. mcam nak dok kat rumah lama2 jer...

Hari ni.. tak sihat... kwan2 je paksa mkan ubat hahaha...
g kafe pun.. semua tegur.. demamkah?
tak patut la.... muka n mata dah menunjukkan sya tak shat..
demam ni jgan di layan ti menjadi2 plak...
so wat2 cam tak demam jerr...

kesimpulannya.. nak balik.. manja ngan mak.. ngee...
bkan selalu tow.. kdang2 jer dpat peluang cam ni...
buzy kat upsi jer

papai.... miss u so much

(*__*)

Friday, April 9, 2010

Assalammualaikum.. morning...

love is colour full.... can be hot like red, cool like a blue, shining like a yellow, sweet like pink and hate like black....
what ever defination of colour today... it depand on you... ur imagenation..
i choose green.. why am i choose green... freashh...

green colour is one of therapy for eye...
green is m favourate colour
i have lots baju kurung .. green colour..
my special one hate green.. he do like blue...
umm... people are 'unik'...

early in the morning i jog alone.. hehehe...
i only ca finished 2 round of collage... what ..... me..
it's ok... i stop jog since i went gunung tahan...
waaa.... about a month ago...
so my heart pump so hard, i can't breath well...

after that , the weather.. i start raning...
wonderfulll....

Thursday, April 8, 2010


Assalmmualaikum..
Salam one Malaysia...

sekeping gambar yang boleh menceriakan 1001 cerita....
seperti gambar diatas...
tengok cam gembira tapi....
ummmm.....

Hari itu lah hari perpisahan
Hari itu sya sedih
Hari itu lah terakhir
Hari itu bersama JMK...
Hari itu hari luka kembali berdarah.
Hari itu lah mkan banyak
Hari iulah hari dinantikan
Hari itulah hari bahagia..
Hari itulah hari kebebasan
Hari itu hari gembira...
Hari itulah hari kami diraikan
Hari itulah hari pling sweet..
Hari itulah kam berpisah
Hari itu hari terakhir kami berkumpul...
Hari itu telah berlalu....(jangan d kenang, jadikan kenangan)
Hari ini.. sya bosan... letih sbb bnyak berehat.. kosong

Wednesday, January 20, 2010


Assalammualaikum w.b.t


APA ITU KAUNSELING?


Kaunseling berasal daripada perkataan bahasa Inggeris “counselling” yang boleh difahami oleh semua orang, tetapi mereka mungkin memahaminya dalam pergertian yang berbeza. Dalam pengertian yang luas, sebenarnya setiap orang terlibat dalam aktiviti kaunseling baik secara langsung atau tidak langsung, terutamanya ibu bapa, guru, pemimpin agama, peguam, doktor, jururawat dan juga semua yang terlibat dengan proses mendidik dan kebajikan masyarakat.
Kaunseling bukanlah perkara baru malah manusia selalu melakukan aktiviti rundingcara sesama mereka. Kaunseling merupakan kebolehan seseorang menolong orang lain untuk mengatasi masalah dan mencapai kesejahteraan hidup di dunia. Apa yang ketara kaunseling merupakan alat asas bagi kebanyakan profesional. Secara amnya dapat dikatakan bahawa konsep kaunseling diamalkan di dalam bidang pendidikan, perubatan, agama, kemasyarakatan, pemulihan, perkahwinan dan keluarga.

Kaunseling sebagai satu profesion mempunyai asas yang saintifik dan objektif daripada bidang psikologi, sosiologi, psikiatri, antropologi dan falsafah. Ia tumbuh dan berkembang hasil daripada dapatan penyelidikan tentang perkembangan sahsiah manusia serta teori-teori pembelajaran. Di samping itu, ia juga berkembang daripada situasi, faktor atau keadaan yang kurang saintifik dan kurang objektif. Ini berdasarkan kepada kepercayaan: Bahawa setiap individu dapat menentukan matlamat hidupnya dan memberi makna kepada kehidupan masing-masing. Mengakui hakikat bahawa hidup ini penuh dengan cabaran dan manusia bertanggungjawab terhadap arah kehidupan masing-masing. Kaunseling merupakan proses bersemuka di antara kaunselor dan klien, iaitu orang yang meminta pertolongan sama ada datang sendiri ataupun dirujuk. Tujuan pertemuan itu adalah untuk mencari alternatif yang paling sesuai bagi klien membuat keputusan menyelesaikan masalah dirinya, di samping mengetahui baik buruk dan kekangan yang akan dihadapi oleh klien atas keputusannya itu.
Kaunseling adalah proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri dan situasinya. Proses ini akan mengakibatkan pembentukan atau penjelasan matlamat dan nilai hidup individu itu hingga dia dapat menentukan tindakan yang wajar untuk masa depannya. Kaunseling juga ialah proses pertemuan interaksi bersemuka antara seorang kaunselor dengan klien yang mengakibatkan berlaku perubahan pada klien.

Kaunseling bukanlah bertujuan untuk menolong klien menyesuaikan diri dengan masyarakat, tetapi ia menolong klien memahami dirinya yang sebenar – apa kelebihan dan kekurangannya; apa yang boleh dilakukan dengan mudah; apa yang boleh dilakukan tetapi menghadapi masalah dan apa yang tidak boleh dilakukannya langsung.

Kaunseling dirujuk sebagai proses apabila seorang klien diberi peluang untuk meneroka aspek diri dan kehidupan yang menimbulkan kesusahan atau masalah baginya. Penerokaan ini akan menimbulkan kesedaran tentang diri dan situasinya serta pilihan-pilihan yang ada padanya. Proses ini diharap akan dapat menolong klien itu mengesan halangan-halangan dan mengenal pasti bakat atau kebolehannya untuk hidup dengan lebih sempurna.

Kesimpulannya, kaunseling merupakan proses pertolongan. Melalui proses ini, klien dibimbing membuat keputusan sendiri. Asas bagi proses ini ialah perhubungan antara kaunselor dengan klien atas dasar bahawa kesan perhubungan itu akan menyebabkan klien berubah.

INSYAALLAH.... NEXT TOP KAUNSELOR

Assalammualaikum... slmat pagiii...a

Doa ini untuk dia...
I'm not alone...
Saya ada Nya

DOA BUAT KEKASIH

Ya ALLAH Ya Tuhanku
Seandainya dia menjadi milikku
Tercipta untukku
Dekatkanlah dia padaku
Satukanlah hatinya dan hatiku
Tetapkanlah kemesraan antara kami
Agar kebahagiaan ini abadi

Ya ALLAH Ya Tuhanku
Seandainya telahKAU takdirkan dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandanganku
Dan peliharakanlah diriku dari kekecewaan

Ya ALLAH Ya Tuhanku
Berikanlah diriku kekuatan
Melontarkan bayangannya kedada langit
Agarku rasa bahagia
Walaupun tanpa dirinya

Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Meskipun tidak sama dengan dirinya
Seandainya dia datang menemuiku

Cinta itu adalah cinta sejati dan satu
Seandainya dia tidak datang menemuiku
Anggaplah cinta itu tidak wujud dari awal lagi

Ya ALLAH Ya Tuhanku
Pasrahkan apa yang engkau takdirkan
adalah yang terbaik untukku
Kerana ENGKAU maha mengetahui
Bahagia yang terbaik untuk hambamu ini

Ya ALLAH Ya Tuhanku
Cukupkanlah ENGKAU saja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat

Dengarkanlah rintihan dari hambaMu yang daif ini
Jangan ENGKAU biarkan aku sendirian
Di dunia mahupun akhirat
Menjuruskan kearah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
Supaya aku dan dia sama² dapat membina kesejahteraan hidup yang ENGKAU redhai
Dan kurnikanlah padaku keturunan yang soleh

Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang
melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya agar tidak
melebihi cintaku pada-Mu

Ya Allah, jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut pada-Mu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta dunia.

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak
berpaling pada hati-Mu.

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang
merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah, jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku
merindukan syurga-Mu.

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya
bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam
perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan
aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah
berhimpun dalam cinta pada-Mu,
telah berjumpa pada taat pada-Mu,
telah bersatu dalam dakwah pada-MU,
telah berpadu dalam membela syariat-Mu.

Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya.
Kekalkanlah cintanya.
Tunjukilah jalan-jalannya.

Penuhilah hati-hati ini dengan Nur-Mu yang tiada
pernah pudar.
Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan
kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu…

Tuesday, January 19, 2010

Assalammualaikum ....

MY HIGH HEEL
SO SAD

saya sihat sangat hari ni... gembira hapy ..bersyukur sgat... masih lagi boleh melihat.. berlari ..mendengar.. dan macam2 lagi.. terima kasih Allah...

tapi... semalam saya dapat surat amaran, dari HEP... selama 6 semester study di UPSI ni lah first time dapat surat saman... nasib baik surat amaran bukan nya surat saman denda.. kalau tak melayang RM50 .. snang2 je bagi kat pak guard kui3...

Saya peminat 'high heel' semua kasut kat umah pun kasut tinggi...
penuh la setengah rak kasut kat kolej tu saya punya kasut je...
tapi semua tak bertutup dpan... klu bertutup nampak mcam skema jer bagi saya...

hurmmm.... yang tak best nya. saya dah tak blh pakai kasut tu g kuliah..
t kena saman lagi.. alaa... tak suke la macam nii.. UPSI ni terlalu beretika sangat utk pemakaian student.. cikgu,....
tu la alasan nya.... so saya pun terdiam la...nak kata apa.. bakal guru kan sebelum nak mendidik kena la didik diri sendiri dulukan...

umm... ok2... nanti PTPTN masuk saya beli high heel... hehehehe... janji bertutup punya...
baru la nampak cam cikgu kan3.... tu yg berderat high heel terbuka ni nak wat apa?
wat je la koleksi pameran di rak kasut rumah kui3... (^_^) V cumel3..

Sunday, January 17, 2010


DENGAN NAMA ALLAH YANG PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Assalammualaikum w.b.t.. dan salam cumel5

jumaat , sabtu dan ahad.... saya balik kampung.. kampung saya di Batu Gajah Perak.. Akhirnya terubat jua rindu saya dengan abah...

Ini gambar abah, abah seorang yang aktif dan energetik.. maklumlah kontraktorkan.. tak boleh duduk diam.. ada saja abah nak lakukan... abah kuat berkebun, rajin dan banyak lagi.. tapi itu semua dulu... abah kini dah tak macam dulu... hilang berat badan.. duduk dalam rumah sahaja.. tapi sabtu lepas saya kena tinggal kat kampung sorang-sorang sebab .. mak abah ikut abang g amik buah kelapa sawit... saya nak pergi... tapi abah kata tak payah.. jaga je rumah.. huhuhu... tak bestnya... tak pe .. saya kemas rumah n memasak je la... Saya nak sangat rasa pergi ladang kelapa sawit bersama keluarga... tapi.. mungkin ada hikmahnya saya tak pergi hari tu kott..huhu... dari kecik ibu bapa sangat kuat berkerja untuk menanggung 8 orang anak.. sehingga kini mereka tetap berkerja.. hmm... even sakit pun abang bawak juga g ladang.. mungkin abah rindukan ladangnya... Rentetan hidup mereka sangat seronok, gembira, suka dan duka... mereka adalah kekuatan saya sekarang ini... mereka tempat saya mengadu dan tempat saya mendapat ketenangan.. bila saya call je rumah mesti saya rasa lega.. beban saya rasa ringan... sebab mak n abah suka bagi nasihat dan banyak bercerita... sayang sama kamooo... muaahhh.. to mak n abah...