Sunday, January 3, 2010


Assalammualaikum w.b.t...... salam sayu..

Masa saya kecik2 mak kata jangan nagis bila bangun pagi.. nanti rezeki tak masuk.. Bila bangun pagi saya tak pernah nagis samapai la kehari ini, tapi saat ini saya kesedihan lalu menitiskan air mata. Air mata saya berjurai tatkala melihat gambar seseorang di facebook sahabat saya. Mengapa? Siapa? Bila?.... (saya tak mahu menjawab persoalan itu) ..

Hati saya sayu sangat... weak up early in da morning, kita sepatutnya bersyukur kerna kita masih hidup di bumi Nya.. tapi tangisan ini disebabkan oleh sahabat yang meletakkan gambar itu... Hati saya ini bukannya sesuci kain putih ada juga tompok2 hitamnya.

Hati saya tersentuh, apabila sahabat saya meletakkan gambar _ _ nya..sebab saya kehilangan orang itu.. Mengapa kau buat bergini? niat mu sahabat.. ku tahu sememangnya baik.. mungkin ini masanya untuk mu menunjukkan apa yang kamu ada kepada sahabat-sahabat yang lain.. Kepada sahabt ku, sesungguhnya saya bahagia melihat kawan saya bahagia...

Allah SWT berfirman yang bermaksud :

"Wahai orang yang beriman , jauhilah dari banyak berprasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari kesalahan orang lain, dan jangan pula ada daripada kamu yang mengumpat sebahagian yang lain..." (al-Hujurat:12)

Subhanallah.... Bagaimana hidup nak tenang apabila berprasangka kan... Lepaskan sangka-sangka itu.. insyallah hati ku kan tenang... maafkan orang lain sebelum kita tidur. tertawalah saya dengan setelus hati bukan nya ketawa dibuat2 yea...

Ya Allah tabahkan hati hamba mu ini... insyallah... bersihkanlah hati ku ini dari hasad dengki, pemarah, syakwasangka... insyallah..

Nampaknya hari ini saya mulakan dengan tangisan, ditambah pula diluar sana tangah hujan.. huhuhu.. ingatkan nak jog.. saya akan membuat sesuatu aktiviti jika saya tension selain berdoa.. pagi ni hujan, mmm... saya dok kat rumah je la.. tunggu kelas kul 11pagi t..

No comments: