Tuesday, December 29, 2009

Hari pertama kuliah di UPSI

What i Learnd today?

(every day make me better??)

Apa itu kaunseling Kelompok.

First day datang kelas K.kelompok ni, ku teruja tgok pensayarah nya, tak bergedip mata ku melihat wajahnya. Kelihatan seorang laki yang sudah berumur skit, pakai songkok yang menampakkan kealiman , wajah yang bersih, mungkin sesuci hatinya,berkaca mata yang menampakkan dia sudah berumur,pemakaian yg segak dan kemas serta hidungnya yang mancung. Terdetik dalam hati ku (sapa la anak dia ni, hehe.. faham kan.) Kawan ku Nora duduk berhadapan dengan aku beri isyarat suruh ku tengok pensyarah tu (sbb sebelum kelas bermula ku ada cakap azam ku tahun 2010 adalah utk mencari bf).. ku sengeh je la.. Tiba2 je terpacul kata2 dari sahabat ku di sebelah kanan pula “Ayah siapa la ni”... tengok pemikiran mereka sama seperti aku juga... tu la manusia ‘judge a book by its cover ‘ tapi bagi ku secantik mana pun kulit buku tu isi dalamnya tak semestinya baik kan, tapi kulit itu sedikit sebanyak perlu menarik perhatian untuk pembeli membelinya. So think it twice ok.. any way, pensyarah tu my inspiration

Berbalik kepada pembelajaran kaunseling kelompok dalam kelas pada hari ini. Hari ini ku baru mengenali apa itu kaunseling klompok, sebelum ini aku just dengar dari senior2 lepas. Banyak sangat propaganda yang mereka canangkan tapi sekarang aku yang akan lalui semua ini. kaunseling kelompok ni apa? K.Kelompok ni adalah satu sesi kaunseling bersemuka kaunselor bersama klien yang terdiri dari 5 orang hingga 12 orang di dalam kelompok, Kaunseling kelompok ini akan mewujudkan pergantungan ahli-ahli dalam kelompok. Selalunya, sesi kaunseling kelompok membincangkan satu isu yang sama. Nak dengar satu cerita tak?

Satu sesi kaunseling kelompok isteri-isteri muda telah dijalankan. Isu yang dibincangkan: Tugas siapa untuk memasak di rumah?

Isteri A : Adakah patut saya di suruh memasak? Saya dah la kena jaga salun dan

butik saya kat bandar tu, saya tak da masa la untuk memasak ni.

Isteri B : Betullah, tak patut tau, saya juga mencari rezeki diluar untuk keluarga,

balik rumah saya dah letih, fikir anak-anak lagi, saya penat la.. laki la patut

memasakkan.

Isteri C : emm... Saya selama ini memang memasak, walaupun sye sibuk tapi sya tetap

memasak untuk suami dan anak-anak dirumah.

Isteri D : Saya juga memasak dirumah, salah ke saya memasak..

Isteri E : Memasak pada saya adalah rutin harian yang harus saya lakukan. Lagipun

memasasak adalah tanggujawab saya sebagai seorang isteri.

Ister F : Saya suka memasak....ni merupakan tugas saya

Apa pendapat anda semua mengenai kelompok isteri-isteri moden ni?

Apa pun pendapat anda semua nya betul , semua benda adaa pon n con kan. Tapi ini pendapat aku, ahli kelompok adalah seramai 6 orang . isteri A dan isteri B tidak bersetuju manakala 4 dari 6 orang telah bersetuju bahawa memasak adalah tugas seorang isteri . Namun begitu, isteri A dan isteri B telah mempelajari bahawa memasak adalah tugas seorang isteri. So mereka belajar bahawa tugas memasak adalah tugas isteri dan terpaksa akur dengan pendapat-pendapat ahli-ahli kelompok yang lain. Ini merupakan Positif side of Group. Iaitu kelompok itu mempegaruhi ahli-ahli kelompok tersebut ke arah kebaikan.

Ada nya perbezaan n persamaan kaunseling individu n kaunseling kelompok.

Kelebihan dan kekurangan kaunseling kelompok ni... Kalau betul caranya, k.kelompok ini sangat effectif kerana teraputik yang telah wujud dalam ahli kelompok adalah sangat kuat. Kalau buat rusuhan ke mogok ni, sah2 la bejaya. Bak kata pensayarah ku ni, dia kata dia masih ingat kem kaunseling kelompok semasa dia buat first degree di UPM, sampai sekarang dia masih ingat sahabat2 nya. Kekurangannya pulak, apabila ramai sangat ahli kelompok maka kurangnya fokus isu2 tertentu dalam masa yang sama kejelikitan antara ahli adalah kurang di dalam ahli kelompok yang sangat ramai (ahli kelompok yang sesuai adalah seramai 5-12 orang). Lebih dari tu.. sukar kaunselor untuk memimpin kelompok itu.. Selain itu, sesi kaunseling kelompok ini dapat menjimatkan masa dan tenaga seorang kaunselor. Berbalai tau, jika dibandingkan dengan kaunseling individu kena buat kat sekolah nanti. Bayangkan lah pada hari ini, bilangan guru kaunselor adalah kurang manakala bilangan pelajar adalah banyak. Bagi menumpukan perhatian terhadap seorang pelajar sahaja (sesi kaunseling individu) adalah sukar dan kurang efektif. Nanti ada la pulak pelajar yang terlepas pandang dari kaunselor. So kaunselor harus bijak mengunakan apa yang adalah. Hrmm... ni yang nak komen ni, kaunselor pada masa kini merupakan manusia yang paling sebuk di sekolah. Kaunselor lah yang bawak pelajar sakit ke sekolah, kaunselor jadi guru pengiring aktiviti luar, kaunselor lah yang kena uruskan majlis2 di sekolah.. macam2 lagi.. ni ke kerja seorang kaunselor yang telah digariskan di dalam perkeliling?

Yang tak best nya, kadang-kadang tu ada la indivudu yang tak bertanggujawab akan membocorkan rahsia-rahsia di dalam kelompok kepada orang luar (mereka lebih dikenali sebagai makhluk pengkianat). So sebelum nak mulakan sesi benda yang paling penting adalah melakukan penstukturan. Kaunselor harus menyatakan mengenai etika kerahsian, kalau ada mana2 ahli kelompok yang tidak dapat mengikut apa yang yang telah kaunselor kata kan so, ahli tersebut boleh la Get out pada masa pra-sesi lagi. Kalau kita tengok la kan, ada yang terlebih kebegantugan terhadap di dalam ahli, yang haru biru nya ada gak ahli nak cari pak we tu sesuai atau tak pun kena tanya ahli kelompok, bahaya tur.. so jgan wujudkan kebergantungan sampai ke tahap itu.. Orang yang berjaya di dalam kelompok tidak bererti mereka akan berjaya di dalam situasi yang sebenar di luar sana.

Words a day!

Dalam sesi kelompok , mungkin ada sesetengah ahli akan menagis, pastu ada la sorang mamat ni wat lawak bodo kat dalam kelompok. Maka ahli tersebut terbantut untuk menangis plak. Untuk ahli tersebut kembali di dalam mood menangis adalah sukar, perlukan 2 kali ganda impak nya. Kononnya, Kalau kita g memacing di sebuah kolam la kan, sekali umpan ikan tak dapat kan, so kali kedua kita umpan kita kena pakai umpan yang 2 kali ganda best. Begitulah cinta , kalau dah dilukai oleh seseorang agak sukar untuk mendapatkan nya semula, kalau nak jugak kena lah berusaha 2 kali ganda macam mana umpan tadi. Tapi kalau aku lah, tinggalkan je lahh... kalau dah ada jodoh tak kemana kan. Tak yah membazir nak beli umpan katak ke, umpan biji kelapa sawit ke.. nyusahkan jer..

Jenis-jenis kelompok

1. Kelompok pendidikan

Pemimpin memberikan maklumat, pandangan dan cadangan. Contohnya , kelompok cara-cara mengurangkan berat badan.

2. Kelompok perbincangan

Menyelesaikan satu topik atau isu. Apa2 topik, Contoh, Kelompok cara mengatasi masalah membuat tugasan pada saat akhir

3. Kelompok tugasan

Kelompok yang mempunyai tugasan yang tertentu, apabila tugasan itu tamat maka kelompok itu akan di bubarkan. Contohnya, Mesyuarat Temasya sukan kolej-kolej UPSI (TEST)

4. Kelompok Growth groups and experential group

Tujuan utama adalah unuk meningkatkan jati diri, mempelajari dan memperbaiki diri. Kelompok meningkatkan jati diri muslimah.

5. Kelompok kaunseling dan terapi

Tujuannya adalah mengatasi masalah psikologi. Contohnya, masalah kerjaya, putus cinta, rumah tangga dll.

6. Kelompok sokongan

Tujuannya dalah untuk memberi sokongan kepada ahli kelompok. Contohnya, memberi sokongan kepada ahli yang baru keluar dari pusat serenti. Bukan sahaja diberikan kepada bekas penagih tetapi kepada ahli eluarganya juga.

7. Kelompok Self-help group

Tujuan nya adalah untuk berkongsi isu atau masalah yang sama. Contohnya, Kelompok Shoperholik.. (tonton lah cerita shoperholik)

Setakat ini lah yang ku belajar , habis kelas tu kawan ajak g pekan.. huhu.. malas nya nak berjalan, lagipun tak da mood n pening pale.. macam ada batu dalam pale ni..

Ku balik je kuliah siap diri apa semua pas tu tido.. ku tido awal .. (pening paler nii.)

Let’s go to the field. Field that full of colour or just black n white. What ever it’s you and your self colour it.. so let colour by you self, no need to be Da vinci , no need to be like Picaso.. be you self.. the paint, the brush it’s in your hand.... so let’s do it.. No matter is good master board or not, at least u try ur best to make it by ur self.

No comments: