Tuesday, December 29, 2009

Hari kedua yang hapy (cumel2)

Assalammualaikum w.b.t... salam sejuk , sbb petang ni hujan.. tadi main hujan lepas balik kelas.. yeah... best sbb da lama tak main hujan, dapa rasa sikit pun jadi la.

Hari ku nak story pasal 2 subjek, subjek silang budaya n subjek penyelidikan ....
KKS 3013, pada pendapat aku silang budaya macam ni, Silang yang aku maksudkan iaitu Percangahan dari segi perbezaan kaum, bahasa, adat esam, kepercayaan, tempat tnggal, perbezaan warna kulit dan sebagainya. Manakala budaya itu, mungkin budaya setiap kaum dan amalan budaya yang diwarisi dari turun kemurun oleh generasi sebelumnya. Dah betul dah semua tu tapi ayat nya tak berapa nak molek sgat. Nak molek nanti aku up load nota lah...

Sebenarnya kan dalam kelas tadi aku mengantuk la.. so tak banyak yang aku ambil perhatian, tapi pensyarah kata apa sahaja yang dia cakap hanyalah pengenalan mengenai silang budaya. So maknanya kuliah 1 belum bermula la.. Mukadimah yang lect cakap tu panjang sangat la.. pastu yang paling ku ingat la kan kena cari buku rujukan sendiri hehehe.. dia bagi tapi ku sempat salin 2 jenis buku jer.. pas tu kena cari kat library pulak tu. Contoh buku yang kena cari ialah buku Pederson , P& Corey. Multicultural Counseling in School dll. Namun begitu, lect kata dia tidak menumpukan paa satu buku sahaja.. so bnyakla buku kena kaji hehehe... (macam aku ni rajin sangat kan)... Apa-apa pun mukadimah yang panjang tu mauk dalam telinga kanan aku n di proses oleh otak dan keluar telinga kiri... ( tu la.. jadual tido tak betul) ni la akibatnya.

Next claas jam 2-5 ptg..
Apa yang best dalam kelas hari ni banyak sangat gelak. Mana tak nya dapat lect yang yang suka wat orang ketawa kan (banyak modal nak crita). Pada hal kuliah yang dibetangkan pada hari ini adalah pengenalan terhadap subjek dan kuliah 1 telah bermula. Satu tanda tanya timbu di dalam pemikiran aku iaitu konflik anak tidak sah status? Tajuk ini menjadi tajuk tesisi PhD yang dilakukan oleh lect aku. Tapi memang betul, kesian sangat anak-anak yang dilahirkan tanpa ber ‘bin atau binti’ seorang ayah. Pada masa merekakecil mungkin kanak-kanak ini tidak perasan mengenai ini. Tapi bila meningkat dewasa, remaja ini ingin tahu siapa mereka, laar belakang mereka... dari situ lah timbulnya konflik dalam diri remaja tersebut.. apa yang berlaku pada remaja ini? Kepada lect ku, tesis ni wajar dibuat agar menjadi panduan kaunselor2 di luar sana.

Subjek pada hari belajar mengenai perancangan kertas kerja penyelidikan, ( tak sama dengan kertas keja program2 JMK ok..) kertas kerja tersebut mempunyai perlulah tersusun, bersistmatik. Mempunyai metadologinya, Mempunyai obektif dan bebas dari pertimbangan moral. Kajian tersebut perlulah melalui dua kaedah iaitu secarainduktif dan deduktif. Indukif iaitu pemerhatian secara umum dan beri rumusan secara khusus mengenai sesuatu manakala deduktif pula, membuat pemerhatian secara khusus dan membuat rumusan secara umum.



Kenapa perlunya aku membuat penyelidikan? First, dapat memahami konsep kaunseling sebagai penyelidik. Apabila kita berada di sekolah nanti kan, jangan terus membabi buta buat program terus. Menurut pengalamanlect, kita harus mlakukan Money Check List Test. Small servey ini adalah untuk mengenalpasti apa masalah yang dialami oleh pelajar tersebut. Contohnya, buat check list keperluan pelajar bagi setiap tingkatan. Contohnya pelajar tingkatan ting perlu melakukan kem menjawab soalan kerana hendak menghadapi PMR . Barulah program dijalankan mengikut keperluan dan masalah yang dialami oleh pelajar tersebut. Tak da la program kaunselor main tangkap muat jer kan.

Tujuan kedua, Memahami kepentingan penyelidikan dalam perkembangan kaunseling. Contohnya pekembangan kerjaya pada masa kini. Terdapat pelbagai jenis keraya di luar sana. Kalu sebut engener saja (orang takkan faham) kena sebut engineer apa? Kapal seam? Bangunan? Macam-acam ada. Nanti bidang kaunseling pun kena buat macam tu juga lah. Kalau sebut kaunseling je orang tak faham. Tapi kaunseling saja terbahagi kepada banyak cabang iaitu kaunseling keluarga, kaunseling kanak-kanak, kaunseling georontologo, kaunseling sekolah dansebagainya... masalah nya sekarang tugas kaunseling di sekolah, macam2 kes kaunselor kena telan jer..
Jika tengok mekanik selalunya bermain dengan mesin tapi tengok kaunselor.. kaunselor bermain dengan manusia iaitu dari segi persepsi, perasaan, emosi dan sebagainya. .. Tiada satu manusia punsama di dunia ini, x da 2 manusia mengalami 1 mimpi yang sama. Itulah sebabnya manusia itulah sebabnya manusia itu unik.
Kuliah pertama mengenai falsafah penyelidikan iaitu di sebalik penyelidikan itu... apa dia...?

Cara perkembangan dan penerokaan ilmu pengetahuan. Terdapat 3 cara

1.Tenacity : pengetahuan yang dilalui oleh proses sosialisasinya sejak kecil lagi, iaitu dari segi amalan, budaya , kepercayaan dll. Contohnya, seni silat pada orang melayu diwarisi oleh anak-anak.
2.Intuition: pengetahuan melalui gerak hati. Hasil dari pengalaman lepas.
3.Authority : Pengetahuan yang diperolehi melalui kuasa rasmi. Contohnya ilmu diberi kepada anak-anak raja dibandingkan anak penduduk tempatan.
Tapi itu smua dulu, masa kini pulak? Pengetahuan lebih kepada rasionalisme dan emperikal iaitu sesuatu kejadian itu berlaku di ada mempunyai logik akalnya. Setiap yang berlaku ada jawapan.. yang emperikal iaitu kiraan yang sistematik. Boleh dikira.

Kenapa lah mahasiswa ni beria2 nak buat penyelidian yea?
Sebabnya melalui penyelidikan yang dijalankan dapat memberi jawapan kepada ketidakpuasan hati yang timbul . ini menurut Chua Yam Paw 2006. So isu apakah yang mahasiswa/i psi ingin ketengahkan atau isu yang mereka tidak puas hati. Contoh ketidakpuasan hati tugasan yang banyak diberi kepada pelaar UPSI. Sejauh manakah kewajaran tugasan itu dilakukan? Adakah ini kaan meningkatkan prestasi mahasiswa/i apabila keluar menjadi guru kelak. So isu nya dah ada.. Sapa nak ambil tajuk ni silakan lah... aku bagi idea saja.. lect kyu cakap kalau nak start buat tesis jangan bermula membina tajuk tapi carilah isu yang ingin dikupaskan. Kalau kita pilih tajuk ia akan memyebabkan pencarian kita terhad mengikut tajuk itu saja. So carilah isu dan masalah..

My feeling:
hurm.. dengarlah lagu denting..

Denting yang berbunyi dari dinding kamarku
sedarkan diriku dari lamunan panjang
tak terasa malam kini semakin larut
ku masih terjaga..

sayang kau di mana aku ingin bersama
aku butuh semua untuk tepiskan rindu
mungkinkah kau di sana merasa yang sama
seperti diriku di malam ini…

rintik gerimis mengundang kekasih di malam ini
kita menari dalam rindu yang indah
sepi ku rasa hatiku saat ini oh sayangku
jika kau di sini aku tenang ..

(this is for some one, cumel3)

Malam ni memang tersangatlah boringnya, lepas isyak ku g rumah kawan, ajak kawan ke rumah kawan lagi satu. Lepas sembang2 sekejap dalam kul 10 mlm ku dah chow sebab ngantuk .. esok kelas jam 12 tghri. Sebenarnya aku banyak sangat keja kena lakukan, selalulah dok tanggung2.. nak kata malas tak juga tapi boleh la.. mood nak wat keja tu tak sampai lagi hehehe... kononnya.. Esok jangan lupa ada perjumpaan dengan rakan exco dgn exco sukan dan rekreasi di foyer jam 9 mlm.. don't be late.. preparation for KEJORA, TEST, gng.tahan, dll.

No comments: