Saturday, January 2, 2010

pemikiran kita.

Assalammualaikum.. salam ukhwah..(+_+)

Anda pernah dengar mengenai pendekatan sistemik. Pendekatan ini amat popular di dalam lingkungan psikologi kaunseling kerana sifatnya yang sederhana namun menyeluruh. Apa yang disebut dengan Pendekatan Sistemik? Sistemik adalah pemikiran sesuatu secara keseluruhan iaitu pemikiran yang melibatkan mencampuradukkan misi bagi mencapai matlamat tertentu. Jika di Barat, Pemikiran Sistemik ini lebih dikenali dengan Systems Thinking atau Systemic Thinking. Antara pengarag yang terkenal yang mula memperkenalkan idea ini semula ialah Peter M Senge dalam bukunya The Fifth Discipline.

Manusia biasanya berfikir secara linear sahaja, iaitu secara lurus yang menghubungkan antara sebab dan akibat. Ini adalah cara berfikir yang diwariskan oleh nenek moyang kita sejak zaman Einstein. Logika sangat di-dewa-dewakan dalam mencari jawaban terhadap suatu permasalahan. Sehingga apabila ada suatu permasalahan, manusia selalu mencari penyebabnya. Akhirnya manusia akan menjadi tertekan kerana tidak mendapat jawapan. Sebaliknya,penekanan sistemik adalah pendekatan yang menekankan pada system yang terjadi disekeliling masalah tersebut. Dengan demikian, untuk memahami permasalahan tersebut , kita perlu melihat secara keseluruhan bagaimana bentuk-bentuk interaksi? ,Bilakeh terjadi kejadian tersebut? Siapakah yang terlibat? Mengapa masalah ini timbul dan sebagainya. Siapakah orang terdekat dengan mereka?. Pekara ini perlu dari sudut-sudut yang berbeza dan diteliti secara keseluruhan bagaimana masalah tersebut boleh timbul dan cara menyelesaikan masalah tersebut.

Kita dapat lihat 2 jenis manusia iaitu manusia yang berfikir secara linear atau manusia yang berfikir secara sistemik. Manusia yang berfikir secara linear cenderung hanya berfokus kepada sebab dan akibat sahaja manakala manusia yang berfikir secara sistemik pula berfikir secara sistemik lebih cenderung untuk melihat secara mendalam dan menyeluruh mengenai sesuatu. Cara anda berfikir pula? Tepuk dada tanya pemikiran anda...

No comments: